Keluaran dan sambutan Abang_Long_Fadil_2

Promosi

Sebelum tayangan perdana rasmi, treler rasmi filem Abang Long Fadil 2 telah dimuat naik di akaun YouTube Astro Gempak pada 18 Julai 2017 dan telah mencatat melibihi 879,478 tontonan.[29] Ia dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai 2017 dalam rancangan meleTOP di Astro Ria,[30] Sementara Di Belakang Tabir filem ini telah disiarkan di semua stesen televisyen di seluruh negara termasuk TV3, Astro Ria dan Astro Citra.[31]

Tayangan

Tayangan umum Abang Long Fadil 2 bermula di pawagam seluruh negara bermula 24 Ogos 2017. Sebanyak 120 pawagam di seluruh Malaysia menayangkan filem ini. Filem ini juga ditayangkan di Singapura dan Brunei. Menurut Datuk Yusof Haslam, pemilik rangkaian pawagam atau pemamir memberi keyakinan tinggi kepada Abang Long Fadil 2 hingga menawarkan tempat yang banyak untuk tayangannya.[32] Syafiq kemudiannya menyatakan rasa cuak kerana hanya empat orang sahaja yang tonton Abang Long Fadil 2 di sebuah pawagam di KLCC.[33]

Zizan kemudiannya menyatakan rasa terharu bahawa kejayaan Abang Long Fadil 2 bukan hanya beliau seorang sahaja, tetapi semua wargakerjanya.[34]

Kutipan

Dalam tempoh 5 hari tayangan rasminya, Abang Long Fadil 2 berjaya mencatat kutipan memberangsangkan sebanyak RM5 juta, sekaligus mengatasi filem-filem dari luar negara.[35] Menurut laporan Astro Gempak, kutipan filem ini juga berjaya mengatasi kutipan filem prekuelnya iaitu Abang Long Fadil jika dibandingkan mengikut hari tayangan.[36][37][38][39] Filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM700,000 semasa tayangan perdananya di Kuala Terengganu, Terengganu.[40] Abang Long Fadil 2 berjaya mengaut kutipan pecah panggung sebanyak RM13 juta dalam masa dua minggu tayangan,[41][42][43][44] sekaligus membenamkan rekod kutipan yang dipegang oleh Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar juga dibintangi oleh Zizan.[45][46] Selepas 3 minggu tayangan, filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM16 juta sekaligus mengatasi kutipan filem prekuelnya iaitu Abang Long Fadil berbanding hari tayangan setakat pada 17 September 2017.[47][48][49] Pada hari terakhir tayangannya, filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM17.9 juta sekaligus mengatasi kutipan RM17.8 juta yang diraih oleh filem Polis EVO.[50][51][52][53][54][55][56]

Ulasan kritis

Abang Long Fadil 2 mendapat ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem. Adam Salleh dari Harian Metro menyifatkan asas pembikinan filem Abang Long Fadil 2 tidak lari kerana sarat dengan aksi, sudut penggambaran menepati filem gambaran dan sesekali terselit dialog serta adegan lucu membuatkan penonton terbahak dan unsur suspen. Beliau turut membandingkan filem ini dengan filem Hollywood, Baby Driver arahan Edgar Wright dari segi nilai moral.[57] Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online memuji filem ini dari segi garapan plot dan jalan cerita. Beliau mempunyai alasan tersendiri mengenai filem ini dan berkata: "Ternyata Abang Long Fadil 2 dihasilkan dengan penuh kekemasan dengan jalan cerita yang lebih menarik dan mudah difahami sekaligus memenuhi kehendak pasaran massa yang sentiasa dahagakan filem bercorak sedemikian.[58] Angelin Yeoh, menulis untuk Star2 mengulas bahawa filem ini ialah "aksi komedi yang menghiburkan dengan lebih banyak kejutan. Filem ini mempamerkan urutan tindakan yang memaparkan sejenis pelakon yang anda fikir tidak akan dapat melepaskan adegan melawan.". Beliau memberikan taraf 7 hingga 10 bintang untuk filem ini.[59] Aina Izzah menulis untuk The Daily Seni berkata: "agak jelas bahawa pelakon tidak meninju satu sama lain yang membuatnya sukar untuk terkesan."[60] Portal web Toodia dalam ulasan mengenai filem ini dan memberikan taraf 3.5 bintang berkata "Abang Long Fadil 2 penuh dengan ketenangan komedi yang akan semua orang ketawa dari awal hingga akhir. Campuran dinamik pelakon baru dan veteran bekerja dengan baik untuk dialog humor dan adegan aksi."[61]

Maklum balas

Menurut Astro Gempak, ramai di kalangan penonton memberi maklum balas positif terhadap Abang Long Fadil 2, malah ada antara netizen menyuarakan hasrat untuk menonton filem ini lagi di pawagam[62] dan berharap ia diteruskan ke trilogi.[63]

Rujukan

WikiPedia: Abang_Long_Fadil_2 http://english.astroawani.com/entertainment-news/a... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/baru-dua-... http://www.astroawani.com/video-malaysia/abang-lon... http://www.astroawani.com/video-malaysia/abang-lon... http://www.astroawani.com/video-malaysia/astro-sha... http://www.astroawani.com/video-malaysia/lagu-seno... http://www.astroawani.com/video-malaysia/trailer-a... http://www.broframestone.com/2017/08/abang-long-fa...